Tuesday 28 March 2017

NEGERI KELANTAN KU YANG DIHINA BAGAIKAN RINTISAN HUJAN YANG TIADA KESUDAHAN

Assalamualiakum kepada pembaca sekalian sebagai pembuka cerita tentang negeri KelantanKU.Ramai yang tidak berpuas hati tentang Negeri CikSitiWanKembang ini mereka memburukkan negeri kesayangan ambo nie sebagai negeri yang penuh dengan amalan berpuak-puak malah ade diantara mereke sehingga terlampau benci dengan negeriku ini.OK saya akan mulakan cerita negeri kelantan nie macam mana rakyatnye.

1.Selalunya di media sosial seperti facebook menceritakan orang kelantan comel-comel.Sebab utama kenapa orang kelantan comel disebabkan semuanya rata-rata kacukan bukanlah keturunan asal kelantan.Keturunan yang kebanyakan sekarang nie dari keturunan pattani(thailand) masyarakat pattani thai berhijrah ke negeri kelantan....Kenapa orang pattani(thai)cantik -cantik semua kerana  mereka kacukan banyak bangsa  melayu,kacukan siam ade juga kacukan pakistan(tokseh jual karpet).Tu sebab utama kenapa Mek kelate comel-comel

2.Perangai orang kelantan macam mana adakah diorang nie miskin,pengotor,berpuak-puak,

jawapan dia adalah mane2 negeri atau negara pon juga mempunyai orang yang tidak seperti diharapkan. ALLAH mecipta manusia dengan pelbagai personaliti adakah anda sempurna
untuk mengatakan tidak kepada orang lain.BAB pengotor saya juga amat mengesali dengan budaya ini yang makin menular di negeri kelantan ini sama sekali bukan corak islam malah ini adalah satu berpunca dari kebodohan diri sendiri malah manusia itu sendiri..Kebersihan adalah salah satu perkara asas sebagai melengkapi hidup manusia itu sendiri.justeru manusia itu sendiri perlu berubah dan sedar akan perkara bukan normal.

3,Orang kelantan berpuak-puak

Saya tidak pasti dengan perkara ini kerana saya bukan begitu malah jauh sekali untuk berpuak-puak.Malah Anggota keluarga saya sendiri pon ade pelbagai negeri johor ade,perak ade,kedah ade,terengganu tiada ape2 masalah lainla kalau mereka tidak senang dengan pergaulan orang kelantan lebih mesra berbanding mereka.Lebih mesra bukan ape disebabkan bahasa negeri kelantan itu sendiri mempunyai maksud bermakna-makna yang orang luar tidak faham dan tidak dapat memahami kami budaya kami cara bertuturan kami.Kalau anda kata negeri kelantan penuh dengan maksiat saya mengatakan bukan tidak ade tapi kurang dari sikit dari negeri maju seperti Kuala Lumpur.Untuk melihat wanita tidak memakai tudung jarang sekali.Tapi dengan perkembangan melayu moden tidak dapat dielakkan juga dengan pakaian manusia akhir zaman bertudung tetapi bertelanjang.Dimana negeri pon ade.....

4.orang kelantan miskin

Saya juga tidak pasti kerana kebanyakan orang kelantan nie suka berniaga deretan restoran dapat  dilihat di kawansan pusat bandar semuanya milik orang melayu dan kaum lain juga tidak ditindas untuk berniaga so tiada isu penindasan kaum atau kemiskinan.Nak kata negeri kelantan miskin kenapa pusat beli belah terbesar EAON MALL dibina di kelantan  kenapa pemaju melakukan hal itu sedangkan negeri kelantan dikatakan miskin .....yang saya dapat lihat negeri lain kebanyakan perniagaan dijajah oleh warga asing atau cina...dan juga tiada yang baik dari pembangunan yang pesat kerana ini akan meningkatkan kos sara hidup rakyat malaysia itu sendiri...


Itu sahaja yang dapat saya jelaskan tentang negeri KelantanKU negeri yang penuh dengan  budaya serta kesenian.Semoga bermanafaat kekurangan itu datang dari saya sendiri jika saya tersilap...